AKHIR ZAMAN: ORANG-ORANG GANJIL YANG BERUNTUNG

AKHIR ZAMAN: ORANG-ORANG GANJIL YANG BERUNTUNG | Abu Hurairah r.a. meriwayatkan, bahawa Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda yang bermaksud:

“Islam bermula sebagai sesuatu yang dianggap asing dan ganjil. Dan ia akan kembali sebagaimana permulaannya, dianggap asing dan ganjil. Maka, beruntunglah orang-orang yang ganjil” [Hadith Muslim no. 145].



AKHIR ZAMAN: ORANG-ORANG GANJIL YANG BERUNTUNG

Beruntunglah manusia yang asing di akhir zaman. Terasing kerana Islam yang digenggam. Zaman berganti zaman, Islam asing (gharib) kali kedua, hati-hati jenih fikrahnya menjadi ghuraba’. Golongan ini sedikit sekali kerana golongan ini sering mendapat tapisan demi tapisan dari Ilahi sehingga yang tinggal hanyalah orang-orang yang benar-benar ikhlas denganNya.

Pernahkah anda berasa sunyi dan terasing kerana memilih untuk berpegang dengan Islam?

Ketika ramai orang di sekeliling kita mula menonjolkan aurat masing-masing, tudung disingkat-singkatkan, baju semakin nipis, seluar semakin ketat, kain semakin sendat, fesyen moden semakin dahsyat, tetapi anda masih mengekalkan cara pemakaian Islam yang sebenar. Anda disinis, ditertawa, diperlekehkan. Pernahkah??

Ketika ramai kawan-kawan menjerumuskan diri dalam cinta duniawi, ber’couple’ sana sini, huhahuha dengan lelaki, bergelak dan bermesra dengan teman sehati, menonton wayang bersama pasangan sendiri, bergayut di telefon sehingga lewat malam tanpa arah tujuan, bermanja-manjaan, tetapi anda masih berpegang dengan pendirian al-Quran dan as-Sunnah. Anda Pelihara Mukadimah Zina. Anda dipulau, dikutuk, dijadikan bahan umpatan, digelak tawa bersama teman. Pernahkah anda lalui semua ni?

Tatkala orang semakin menerima cara hidup yang membelakangkan agama, mendedahkan aurat, bergelumang dengan maksiat, sebagai aras tanda mengukur kemodenan diri, tiba-tiba anda yang membungkus tubuh dengan pakaian yang menyembunyikan anggota yang bersangkutan dengan harga diri, pernahkah anda dicemuh kerana memilih untuk tidak berfesyen seperti manusia yang ramai hari ini?

Saat zina dan arak berleluasa, rasuah dan riba’ bermaharajalela, pergaulan bebas semakin melata, tapi anda masih lagi teguh dengan keimanan terhadap Allah. Anda dicaci, dihina, diherdik. Pernahkah anda punya pengalaman sebegini??

Jika PERNAH, maka berbahagialah!

Jika anda pernah berasa asing, ganjil, pelik, ditertawa, disinis, disindir, atau diperlekeh kerana mempertahankan kehidupan yang berprinsip seperti itu, terimalah khabar gembira yang disampaikan oleh Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.

Wallahuaklam.
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment