ADAM AF PULA BERI RESPON ISU PENCERAIAN DENGAN FIZA ELITE | Walaupun pasangan ini jelas tidak mahu kisah rumahtangga mereka menjadi tatapan umum, tapi Adam AF & Fiza Elite yang sah bercerai semalam tidak dapat lari dari persoalan yang muncul dari para peminat dunia hiburan yang ingin tahu.
ADAM AF PULA BERI RESPON ISU PENCERAIAN DENGAN FIZA ELITE
Adam AF yang ditemui media selepas prosiding kes penceraian mereka selesai berkata beliau sebenarnya berat hati untuk melafazkan cerai namun reda dengan ketentuan Tuhan dan ianya jalan terakhir selepas mereka duduk berbincang.
“Saya akui berat hati ketika mahu menjatuhkan talak, namun reda kerana menganggap ia ketentuan dari Tuhan. Kami sudah berusaha menyelamatkan perkahwinan ini, namun tiada jodoh lagi antara kami,” katanya seperti dilaporkan Harian Metro hari ini.
Penyanyi ini juga berkata yang tiada persefahaman menjadi punca perpisahan mereka namun tidak menolak jika Tuhan menentukan yang mereka akan kembali bersama di masa hadapan.
“Kami masih ada masa lagi untuk perbaiki dan kalau ada izin Allah di masa depan kami mungkin bersatu semula,” tambahnya lagi.
0 comments :
Post a Comment