BLUE WAVE ARMY MUAT NAIK GAMBAR FITNAH KEMATIAN WAN AZIZAH, ADAKAH BWA AKAN DIKENAKAN TINDAKAN SEPERTI SUSPEK YANG MUAT NAIK GAMBAR FITNAH ROSMAH. KITA TUNGGU DAN LIHAT

BLUE WAVE ARMY MUAT NAIK GAMBAR FITNAH KEMATIAN WAN AZIZAH, ADAKAH BWA AKAN DIKENAKAN TINDAKAN SEPERTI SUSPEK YANG MUAT NAIK GAMBAR FITNAH ROSMAH. KITA TUNGGU DAN LIHAT | KUALA LUMPUR – Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang akan membuat laporan polis ke atas penyebaran maklumat palsu tentang kematian Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

BLUE WAVE ARMY MUAT NAIK GAMBAR FITNAH KEMATIAN WAN AZIZAH, ADAKAH BWA AKAN DIKENAKAN TINDAKAN SEPERTI SUSPEK YANG MUAT NAIK GAMBAR FITNAH ROSMAH. KITA TUNGGU DAN LIHAT

Ketuanya, Dr. Afif Bahardin berkata, AMK Pulau Pinang mengutuk perbuatan tidak bertanggungjawab yang disebarkan di laman sosial Facebook oleh ‘Blue Wave Army’ tersebut.

Gambar itu memaparkan wajah Wan Azizah dengan memakai cermin mata berada di dalam balutan kain kafan putih dan sekeping lagi gambar memaparkan tiga orang lelaki sedang memasukkan jenazah ke dalam liang lahad.

“AMK Pulau Pinang mengutuk tindakan pemilik akaun Facebook dengan nama ‘Blue Wave Army’ yang menyiarkan berita fitnah bergambar tentang kematian Wan Azizah semalam.

“AMKPP akan membuat laporan polis bermula hari ini,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Afif dalam pada itu mendesak pihak polis memandang serius perkara tersebut dan mengambil tindakan sewajarnya kepada pihak yang memuat naik serta menyebarkan berita palsu dan fitnah yang berniat jahat itu.

“Jika suspek yang dipercayai memuat naik gambar mayat Datin Seri Rosmah Mansor tempoh hari boleh dikenakan tindakan segera, kami menggesa polis melakukan tindakan pantas yang serupa,” katanya.
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment