PANGGILAN HANGIT HOTFM CIKGU IZZUDIN YANG BEST| Rakaman panggilan hangit Cikgu Izzuddin - Ramai yang kata ini antara panggilan hangit HotFM yang paling best. Ia dirakamkan dan telah disiarkan di radio HotFM pada bulan April 2014. Ia sebuah rakaman yang menunjukkan realiti kehidupan di Malaysia, terutama apabila menyentuh isu pasangan mahu bernikah dan berkahwin. Ya realiti ... bukan main-main.
PANGGILAN HANGIT HOTFM CIKGU IZZUDIN YANG BEST
Bagi lelaki, gaji RM3000 sebulan pun belum tentu boleh kumpul duit yang cukup untuk bernikah kahwin. Jadi, hanya kerana mahu menunaikan satu kewajipan, dan tuntutan agama, nak tak nak ... perlu cari alternatif paling pantas, iaitu dengan membuat pinjaman peribadi daripada bank.
Realiti Pasangan Mahu Berkahwin di Malaysia - Perlu Meminjam
Tension bukan? Nak bernikah perlu meminjam? Saya pasti ramai lelaki dan perempuan bujang di luar sana menghadapi masalah dan pernah berada di dalam keadaan sebegini - nak bernikah, perlu meminjam agar majlis perkahwinan berjalan lancar. Belanja perkahwinan bukan murah. Jika nak kata dalam bajet yang sederhana, makan RM10 ribu jugaklah bagi pasangan.
Mungkin kerana ini, ada yang terpaksa menunggu masa yang agak lama atau dengan kata lain terpaksa berkahwin lewat hanya kerana terpaksa menyediakan belanja yang mencukupi untuk satu majlis sekali seumur hidup (melainkan berkahwin lebih daripada satu).
Jom layan rakaman panggilan hangit Cikgu Izzuddin di bawah ini.
Adakah anda terhibur? Dalam sengih-sengih dan ketawa kecil anda itu, fikir-fikirkan masalah ini.
Jika anda seorang lelaki atau perempuan yang mahu bernikah, dan merasakan bahawa gaji dan pendapatan belum cukup kuat, maka carilah segera pendapatan sampingan yang lain untuk tujuan tabungan. Bukan setakat dalam bab nikah kahwin sahaja, tetapi untuk masa depan juga.
Jangan nanti apabila dah nikah kahwin terbeban kehidupan pasangan suami isteri dengan hutang yang tak terlarat nak dibayar. Jadi, lakukan sesuatu untuk kesejahteraan masa hadapan.
0 comments :
Post a Comment