(VIDEO) PEMANDU DAKWA POLIS SILAP SAMAN | Seorang pemandu jalanraya yang disaman anggota polis memuatnaik video di YouTube untuk menunjukkan rasa tidak puas hatinya.
(VIDEO) PEMANDU DAKWA POLIS SILAP SAMAN
Meskipun akur dan menandatangani surat saman, namun lelaki dalam video di bawah berasakan pihak polis telah membuat kesilapan kerana kesalahannya dikatakan ‘salah lorong’ sedangkan tiada garisan di jalanraya tempat dia disaman.
‘Polis saman kata Salah Lorong sedangkan tiada garisan dan lampu isyarat penanda belok ke kanan. Ramai lagi lagi rakyat Malaysia yang telah menjadi mangsa salah guna kuasa polis yang jelas dalam kes saya. Laluan jalanraya seharusnya dilengkapi simbol dan arahan lalulintas yang jelas. Undang-undang adalah untuk mendidik bukannya menghukum seseorang membuta sahaja. Saya minta pendapat rakan-rakan sekalian. Sokong saya sekiranya dapati saya berada di pihak benar’ – demikian menurut pengguna jalanraya ini.
Saksikan video di bawah dan nilaikan, sama ada individu yang memuatnaik rakaman ini benar-benar telah melanggar undang-undang atau telah berlaku kesilapan.
0 comments :
Post a Comment