FESYEN TERLAMPAU ROSALINDA PENYANYI DIKIR BARAT PUNCA DI DENDA RM1,000

FESYEN TERLAMPAU ROSALINDA PENYANYI DIKIR BARAT PUNCA DI DENDA RM1,000 | Penyanyi dikir barat terkenal di Kelantan, Rosalinda atau nama sebenarnya Shahima Edayu Akma Mohd Alwi, 23, dikenakan hukuman denda RM1,000 oleh Mahkamah Rendah Syariah Gua Musang, Kelantan, semalam.

FESYEN TERLAMPAU ROSALINDA PENYANYI DIKIR BARAT PUNCA DI DENDA RM1,000

Hukuman tersebut dijatuhkan selepas dia mengaku bersalah kerana memakai pakaian menjolok mata ketika mengadakan persembahan di Felda Aring Enam, Mei lalu.

Hakim, Zubaidi Sulaiman menjatuhkan hukuman itu terhadap Rosalinda atau nama sebenarnya, Shahima Edayu Akma Mohd Alwi, 23, yang berasal dari Kemaman, Terengganu. 

Beliau tidak membenarkan tertuduh membuat persembahan dengan berpakaian tidak sopan, bertentangan dengan hukum syarak. 


Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Syarie negeri, Ramlee Abd Rahman. Rosalinda membayar denda tersebut dan berjanji tidak mengulangi kesalahan tersebut.

Mengikut kertas pertuduhan, Rosalinda ditahan sepasukan Penguat kuasa Agama Islam Gua Musang ketika membuat persembahan nyanyian dikir barat di Ekspo Padang Perumahan Felda Aring Enam, jam 11.50 malam pada 7 Mei lalu. 

Sebelum itu, Zubaidi turut menegur Rosalinda supaya hentikan persembahan melampaui batasan agama kerana ia menjejaskan imej Islam dan galak orang ramai melakukan maksiat.

Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment