WOW!! PANTAI INI ANDA DAPAT LIHAT KAPAL TERBANG PALING HAMPIR | Maho Beach adalah pantai paling ekstrim di dunia. Pantai tersebut berada tepat di hujung landasan pesawat sehingga setiap hari ada ratusan pesawat yang akan mendarat melintas tepat di atas kepala para pelancong yang sedang berjemur!
WOW!! PANTAI INI ANDA DAPAT LIHAT KAPAL TERBANG PALING HAMPIR
Maho Beach berada di kepulauan Caribbean tepatnya di pulau Saint Martin. Sebuah pulau unik yang setengahnya dimiliki oleh Perancis dan setengahnya lagi oleh Kerajaan Belanda. Maho Beach sendiri berada di wilayah milik Kerajaan Belanda yang pada tahun 2010 menjadi wilayah autonomi Kerajaan Belanda dengan nama Sint Maarten.
Sint Maarten yang letaknya berada di kepulauan Caribbean menjadi salah satu destinasi pelancongan bagi warga Eropah. Salah satu daya penarik popular di Sint Maarten adalah Maho Beach, iaitu sebuah pantai yang berada tepat di hujung landasan kapal terbang. Kerana landasan pesawat yang pendek, kira-kira 2180 meter, pesawat yang akan mendarat harus melakukan pendaratan terbang rendah untuk mencapai landasan. Pendaratan inilah yang menjadi daya tarik tersendiri bagi para pelancong di Maho Beach.
0 comments :
Post a Comment