TERKINI: ADAM AF DAN FIZA ELITE SAH BERCERAI TALAK SATU

TERKINI: ADAM AF DAN FIZA ELITE SAH BERCERAI TALAK SATU | Sah bercerai talak satu! Itulah jawapan untuk spekulasi yang melanda pasangan Adam AF dan Fiza Elite sejak beberapa minggu lalu.

TERKINI: ADAM AF DAN FIZA ELITE SAH BERCERAI TALAK SATU

Lafaz talak itu diucapkan oleh Adam di hadapan Hakim Syarie Moh Nazri Basrawi di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada jam 1.05 tengah hari tadi, memetik Harian Metro.

Bagaimanapun, punca masalah sehingga menyebabkan perceraian itu tidak diketahui kerana semua wartawan diminta untuk keluar atas permintaan Fiza.

Alasannya, dia seorang artis dan tidak mahu masalah rumahtangga mereka diketahui umum.

Turut hadir sewaktu prosiding, rakan baik Fiza iaitu Azza Elite.

Kami yakin dengan berita ini, ramai peminat yang turut bersedih atas kehancuran rumahtangga yang dibina tidak sampai setahun itu.


Apa pun, jika inilah penyelesaian yang terbaik, doakan saja kedua-dua terus tabah menghadapi dugaan besar ini.
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment