ZIZAN RAZAK BERGERAK SENDIRI, TIDAK LAGI MENGGUNAKAN SYARIKAT PENGURUSAN

ZIZAN RAZAK BERGERAK SENDIRI, TIDAK LAGI MENGGUNAKAN SYARIKAT PENGURUSAN | PETALING JAYA – Rakan kongsi dan pengurus kepada pelawak Zizan Razak iaitu Marina Juki menafikan dakwaan dia akan membubarkan syarikat pengurusan artis iaitu Wirefame Sdn Bhd yang ditubuhkan bersama sejak tiga tahun lalu.

ZIZAN RAZAK BERGERAK SENDIRI, TIDAK LAGI MENGGUNAKAN SYARIKAT PENGURUSAN

Marina berkata, syarikat tersebut akan tetap diteruskan walaupun jika Zizan mengambil keputusan untuk bergerak sendiri tanpa bernaung di bawah syarikat itu lagi.

“Wirefame tidak akan bubar, malah kita dalam proses untuk menambah empat orang lagi artis baru.

“Bukan senang untuk buka syarikat dan bukan senang untuk bubarkan begitu sahaja. Jika benar sekalipun Zizan ambil keputusan berubah angin, syarikat ini akan terus kekal untuk menguruskan kerjaya artis-artis yang ada,” katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Ahad.

Marina berkata demikian ketika diminta mengulas tentang laporan akhbar pada Ahad tentang hubungannya dengan aktor itu yang dikatakan berantakan sehingga membuatkan syarikat berkenaan yang dibina bersama akan dibubarkan.

Sementara itu, dia turut menafikan desas-desus bahawa berlaku perselisihan faham antara mereka.

Jelasnya, khabar angin tersebut terjadi mungkin disebabkan dia tidak lagi mengikut Zizan ke lokasi penggambaran atau berkaitan kerjayanya.

“Kami tidak gaduh atau berselisih pendapat pun, saya memang dah tak ikut dia kemana-mana lagi, sebab dia sudah ada pengurus peribadi sendiri. Tidak adil kalau saya ikut dia sahaja dan abaikan artis lain.

“Saya perlu uruskan artis lain juga di bawah syarikat ini dan kami sudah mengambil beberapa pekerja untuk membantu melancarkan segala urusan, kecuali jika ia melibatkan urusan yang besar,” katanya.

Antara artis lain yang diuruskan oleh syarikat itu ialah Emma Maembong, Chacha Maembong, Kaka Azraff dan Johan As’aari.

Dalam pada itu, ketika diminta mengulas jika Zizan dan kekasihnya Emma Maembong mengambil keputusan untuk keluar daripaad Wirefame, Marina berkata, dia tidak pernah menghalang mana-mana artis untuk menguruskan kerjaya mereka sendiri.

“Emma Maembong akan tamat kontrak pada bulan Jun depan dan terpulanglah pada dia untuk meneruskan atau tidak. Saya belum duduk berbincang lagi dengannya tentang hal itu termasuklah juga Zizan.

Sementara itu, Zizan yang dihubungi enggan mengulas panjang tentang isu tersebut dan menganggap ia bukan isu yang perlu diperbesarkan.

“Saya tidak mahu komen apa-apa tentang ini, apa yang boleh saya beritahu hubungan saya dan Marina tidak ada masalah dan baik seperti dulu.

“Mengenai dia tidak ikut saya kemana-mana lagi tu, kena tanya dia sendirilah,” katanya.
Share on Google Plus
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Post a Comment